Bagi anda yang meminati pokok bunga raya sebagai pelengkap laman kediaman, ia turut tersenarai di antara pokok yang menarik untuk pagaran dan sesuai ditanam pada lereng bukit kerana akarnya kuat mencengkam tanah. Jika pokok berkenaan kelihatan kuning khususnya di bahagian bawah daun, ia antara petanda pokok berkenaan kekurangan air. Tidak ketinggalan, pokok asplenium nidus atau lebih dikenali sebagai paku sarang burung ada keistimewaan tersendiri. Pembiakan pokok berkenaan secara langsung mampu memberikan impak berbeza kepada landskap laman anda yang sebelum ini kelihatan suram. Anda boleh melakukan pembiakan itu dengan mengikis spora yang ada di bahagian bawah daunnya dan cambahkannya di atas span. Kemudian, pindahkan sekali lagi dalam medium pasir untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
* Elakkan daunnya daripada pancaran cahaya matahari yang terik kerana ini akan membuatkan daunnya melecur dan jika ini tidak dapat dielakkan, potong daun berkenaan bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru.
Tuesday, July 1, 2008
LANDSKAP MINI KEDIAMAN
DALAM usaha mewujudkan landskap mini untuk kediaman yang mampu merealitikan suasana semula jadi, pelbagai perkara perlu diambil kira supaya segalanya berjalan seperti dirancang. Pemilihan tananam seperti pokok renek bertekstur halus digalakkan kerana berupaya membuatkan kawasan yang terhad kelihatan luas dan sebaliknya. Seterusnya tanduk rusa atau ‘Crown Stag Horn’ amat sesuai diletakkan pada ruang sempit seperti koridor pangsapuri kos rendah, balkoni apartmen dan kondominium. Malah, tanduk rusa juga antara tanaman yang tidak memerlukan banyak tanah. Cukup sekadar menggunakan sabut kelapa atau ‘sphagnum moss’ sebagai medium penanaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salammullah Doktor Pokok...
Saya seorang pesara tentera memiliki sebuah kediaman teres di Chandan Putri, Kuala Kangsar. Hasrat saya ingin membina sebuah Home Garden dgn bersesuaian keluasan tanah dihadapan rumah saya tersebut. Keluasan tanah dihadapan rumah dalam anggaran 70' x 20'. Mohon pandangan dan nasihat utk pembinaan Home Garden dgn keluasan tanah seperti berikut.
Post a Comment