- Menjimatkan bahan campuran tanah
- Boleh diubah untuk tujuan hiasan dan jualan
- Tumbesaran pokok boleh dikawal.
- Kerja-kerja penyelenggaraan boleh dijalankan mengikut keselesaan pekerja
- Faktor-faktor keperluan kehidupan pokok seperti baja, air, tanah, cahaya, suhu dan pengurusan perosak dapat dikawal.
Jenis-Jenis Pasu atau Bekas
Terdapat berbagai jenis pasu atau bekas di dalam pasaran. Pemilihan pasu yang sesuai bergantung kepada jenis tumbuhan yang hendak ditanam, tujuan menanam dan juga sifat pasu itu sendiri. Pasu yang dipilih mestilah mempunyai lubang saliran dibawahnya untuk mengelak pengumpulan air yang berlebihan.
Pasu tanah liat mempunyai dinding yang berongga untuk membantu pengudaran dan saliran. Pasu plastik dan seramik tidak mempunyai dinding yang berongga tetapi hanya terdapat lubang saliran. Biasanya pasu-pasu dari jenis ini didapati lebih menarik.
Bagi pasu plastik dan ceramik siraman harus berhati-hati dan dijarangkan kerana dindingnya tidak berongga. bagi pasu jenis plastik tidak perlu diletakkan kepingan-kepingan pasu di atas lubang seperti pasu tanah liat. Juga pasu plastik lebuh mudah dibasuh.
Sebagai panduan pilihlah bekas yang sesuai, murah, ringan, tahan, menarik dan bekas mestilah senang untuk mengeluarkan pokok untuk tujuan menukar pasu.
Cara-Cara Memasu
- Pilih pasu yang bersih dan sesuai dengan pokok
- Sediakan tanah campuran untuk pasuan - biasanya tanah J.I.P dengan nisbah 3:2:1 sesuai digunakan.
- Aturkan serpihan pasu (crock) atau batu-batu kasar berlapis-lapis sehingga lebih kurang 1/4 daripada ketinggian pasu. Susunan janganlah sampai menutup rapat lubang-lubang pasu.
- Isikan tanah campuran sehingga separuh bahagian pasu.
- Letakkan pokok yang hendak ditanam di tengah-tengah pasu. Pokok mesti tegak. Isikan tanah campuran sehingga hampir penuh. Padat tanah keliling pokok. Siramkan sehingga kelihatan air keluar melalui lubang di bawah.
Letakkan pasu ini ditempat redup selama 4 - 7 hari. Siram tiap-tiap hari. Tempoh ini bergantung kepada pemulihan pokok berkenaan.
Pemasuan Semula
Pemasuan semula bertujuan menukarkan tanah lama kepada campuran tanah baru supaya mengekal tumbesaran dan kesuburan tanaman. Kerja-kerja lain dilakukan apabila terdapat tanda-tanda seperti:-
- Keadaan tanah - melekat, padat, tanah cepat kering apabila disiram
- Keadaan akar - berserabut, berbungkus ke atas dan juga keluar dari lubang-lubang bawah pasu
- Keadaan dahan - pertumbuhan lambat, ranting halus dan rapuh
- Keadaan daun - kuning, selalu gugur, tidak lebat, kecil dan tidak segar.
- Keadaan Bunga - kecil dan selalu gugur sebelum kembang.
Cara-Cara Pemasuan Semula | |
Gunakan pasu lama atau baru. Jika pasu baru di rendam dalam air semalaman. Pasu lama pula perlu dibasuh bersih. | |
Sediakan pasu sepertimana biasa dan isikan serpihan pasu 1/4 pasu dan tanah campuran setengah pasu. | |
Cantas mana-mana bahagian tumbuhan yang tidak dikehendaki, serperti ranting mati, buruk, berpenyakit atau terkeluar dari bentuknya. Potong juga akar yang terkeluar dari lubang bawah pasu. Siramkan pokok yang dicantas. Selepas lebih kurang 1 jam boleh dikeluarkan pokok dari pasu. | |
Keluarkan pokok dari pasu. Rebahkan atau pusingkan pasu dan ketok bibir pasu perlahan-perlahan supaya tanah dan pasu terpisah. Kemudian pegang pangkal pokok dan tarik keluar perlahan-lahan. | |
Cantas mana-mana bahagian akar yang berserabut dan tidak dikehendaki. Bahagian akar dan tanah yang tinggal bolehlah dalam bentuk segiempat atau bulat. Sebanyak mana yang perlu dibuang bergantung kepada keadaan pokok, pasu dan akar yang penting akar utama tidak rosak. | |
Tanam sepertimana biasa. Padatkan tanah di sekeliling akar dengan ibu jari. Tambahkan tanah sehingga tanah sama paras dengan pangkal rokok. Hentakan pasu perlahan-lahan supaya tanah mendap. | |
Tanam pokok secukupnya. Letakkan seminggu di bawah teduhan. Kemudahan barulah dikeluarkan ke tempat biasa. | |
No comments:
Post a Comment